Tuesday, December 14, 2010

Hadapilah Hidup Anda Sebagaimana Adanya

  Keadaan dunia ini penuh nikmat,banyak pilihan,penuh rupa,dan banyak warna.Semua itu bercampur baur dengan kecemasan dan kesusahan hidup.Dan anda adalah sebahagian dari dunia yang sedang dalam kesukaran.


   Ingatlah bahawa anda tidak akan menjumpai seorang ayah,isteri,kawan,sahabat,tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyukarkan.Lebih dari itu,adakalanya sebaliknya pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak anda sukai.Justeru itu,padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan sejuknya kebaikan yang ada padanya.Itu kalau anda mahu selamat dengan adil dan bijaksana.Kerana betapapun setiap luka ada harganya.


   ALLAH menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling bertentangan,dua janis yang saling bertentangan,dua buku yang saling bertentangan,dan dua pendapat yang saling bertentagan;yang baik dengan yang buruk,kebaikan dengan kerosakan,kebahagian dengan kesedihan.Dan selepas itu,ALLAH akan mengumpulkan semua yang baik,kebagusan dan kebahagian itu di syurga.Berkenaan dengan yang buruk,kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka."Dunia ini terlaknat,dan semua yang ada di dalamnya terlaknat kecuali zikir kepada ALLAHdan semua yang berkaitan dengan nya,seorang yang alim dan seorang yang belajar' begitu kata hadis.


    Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang datang,jangan hanyut dalam khayalan dan jangan sekali-kali menerawang ke alam angan-angan.Hadapi hidup ini apa adanya;kawal jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya.Bagaimanapun,tidak mungkin semua kawan anda iklas kepada anda dan semua perkara sempurna pada pandangan anda.Kerana keiklasan dan kesempurnaan itu bukan ciri dan sifat hidup dunia.


   Malah isteri anda pun tidak akan sempurna pada pandangan anda."janganlah seorang mukmin mencela seorang mukiminah(isterinya)sebab jika dia tidak suka pada salah satu kebiasaannya maka dia boleh menerima kebiasaannya yang lain."


     Adalah sepatutnya apabila kita merapatkan barisan,menyatukan langkah.saling memaafkan dan berdamai semula,mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan,meninggalkan hal-hal yang menyukarkan,menutup mata dari beberapa perkara untuk masa-masa tertentu,memperbetulkan langkah,dan mengesampingkan pelbagai hal mengganggu dan tidak perlu.

Thursday, September 16, 2010

Life is gonna CHANGE!!

This is my first trial coz i want to try to be a blogger!!..Influence by so many friends that always stuck with their laptop and their blog..So I wanna to feel how their life to be~..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...